TIPS MENJAGA SOFA KAIN
Sofa adalah salah satu alternatif tempat yang selesa selain tempat tidur di rumah anda untuk berbaring. Agar selesa apabila anda bersantai - santai di sofa kain anda. Tentunya sofa itu dipastikan harus bersih dan bebas dari bau apek. Memang tidak mudah mempertahankan keindahan dan kenyaman sofa seperti pertama kali kita jatuh hati pada sofa itu saat masih di pajang di showroom atau kedai perabot dan akhirnya memboyongnya ke rumah anda. Perlu rawatan sedikit extra telaten untuk mempertahankan penampilan sofa anda. Dengan rawatan dan cara membersihkan yang tepat sofa anda pasti selesa untuk di singgahi. Berikut adalah sedikit Tips And Trik untuk rawatan dan cara membersihkan sofa kain ala youridesign .....
- Pemilihan bahan sofa kain
Masing - masing orang berbeza dalam selera memilih sofa kegemaran nya. Jika anda pecinta sofa dengan bahan kain, mungkin serat sintetik adalah pilihan yang lebih baik kerana bahannya kuat dan awet. Selain itu juga terdapat bermacam - macam corat sesuai selera anda, seperti motif bunga yang lebih cenderung untuk gaya klasik, motif kotak - kotak dan garis - garis cenderung gaya minimalis dll.
- Elakkan dari cahaya matahari langsung secara terus menerus
Sofa yang sering terkena paparan sinar matahari secara langsung dapat membuat warna kain sofa menjadi pudar.Atau juga boleh menjadi lusuh. Mungkin aturlah kedudukan yang baik yang terlindung dari paparan sinar matahari secara langsung.Dan untuk sofa berbahan sutera perhatian semacam ini sangat diperlukan agar sofa anda awet dan tampak indah walaupun tidak baru lagi.
- Mengelakkan dari bau apek
Untuk mengelakkan bau apek, usahakan peredaran udara dalam bilik baik. Elakkan asap rokok atau asap dari dapur secara berlebihan. Ada baiknya sofa sebulan sekali dikeluarkan dari bilik agar mendapatkan udara yg lebih segar
(Ingat jangan terkena sinar matahari secara langsung). Sesekali menyembur pengharum kain pada sofa secukupnya
- Menjaga keutuhan bentuk sofa
Jika anda sering menduduki sofa anda, duduklah pada kedudukan yang berbeza - beza setiap harinya (bisa dengan menukar letak sofa di ruangan anda) agar anyaman getah di dalam sofa tidak kendur sebelah. Sehingga bentuknya tidak simetri lagi.
- Melindungi sofa kain
Jika anda membuat perjalanan dalam masa yang lama, usahakan lindungi sofa kain anda dengan penutup agar terhindar dari debu yang berlebihan. Biasanya pada letak sandaran tangan sering berubah menjadi gelap kerana geseran dengan tangan.Untuk mengelakkan anda nisa menambah aksesori berupa alas kecil atau kain yang di letakkan sedemikian rupa disandaran tangan sofa anda. Dengna motif yang tentu saja disesuaikan. Dan anda boleh membersihkan kain itu setiap saat. Sehingga sandaran tangan anda tetap bersih.Jika terkena tumpahan cecair, jangan menunggu besok segera mungkin bersihkan dengan vacum atau kain penyerap (jangan di gosok). Dan jangan lupa vacum juga diperluka untuk membersihkan sofa kain anda secara rutin.
Demikian tips dari kami semoga bermanfaat ... selamat cuba .....
1 ulasan:
Betul . kena lah pilih sofa yang terbaik supaya rumah cantik .
Catat Ulasan